Monday, March 22, 2010

Daun Ketum dan Air Ketum


Assalammualaikum...tiba2 rasa nk post skit info pasal benda nie...iaitu air ketum dan daun ketum... so baca la info yg x seberapa nie..

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak ( Dalam Bahasa Inggeris Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Air rebusan daun ketum boleh juga menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi "mitraginin" yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
  • Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  • sengal-sengal sendi
  • mudah marah
  • lemah untuk bekerja


Info dari Wikipedia


4 comments:

luZ a.k.a peRmataPuTiH said...

aku pnah gak kne bnde ne..skunk x lg..huhu

shafiq08 said...

ada kawan sorang name dia kecum..haha..


http://belogbagus.blogspot.com/

Chaer_ChA-X said...

luz: jgn kena slalu sdah la

Chaer_ChA-X said...

shafiq: cik tom pon ada gak